Friday 25 October 2013

LIAR LIAR PANTS ON FIRE...

Sabda Rasulullah SAW, berkata benarlah walaupun pahit...makna kata susah mcm mana sekali pun, biarlah kena ugut nak tebas leher pun, tetap kena berkata benar. So kat celah mana yang membenarkan kita untuk menipu ni??
   Ok ok ok..Acik dgn few friends sebenarnya tengah bengang tahap langit kelapan belas dengan sorang makhluk Allah yang sangatttttttttttt kurang ajaq.
  Kurang ajaq pasal apa? Pasal menipu. Menipu bukan tahap sikit2 ya? Tahap dah main nama2 VVIP nih!!!
   Serius Acik tak tahan. Mcm mana boleh wujud dlm dunia ni manusia yg boleh menipu tanpa takda langsung rasa bersalah? Yes yes, Acik admit, Acik pun ada menipu gak, bila terdesak n bila terpaksa. And no, never in my life I would say that that is the right thing to do. Salah tetap salah. Period. Full stop. Titik. Noktah.
   Tapi bila Acik ditemukan dgn homo sapien sorang ni, Acik terpaksa angkat tangan. Bukan setakat tangan, sekali dgn tapak kaki Acik bagi. Hebat betul sandiwara semasa dia. Sehebat - hebat David Padang Tembaga tu menyilap matakan orang, hebat lagi si putar alam nan seekor ni.
  Sungguh Acik tak sangka, kepandaian dia memikat pembaca utk satu slot kisah - kisah seram hanyalah umpan untuk meneneruskan kehidupan menipu dia ni.
  Pernah dulu Acik dengar, banyak perbuatan tak baik dlm dunia ni kalu sering dilakukan, boleh menjadi satu ketagihan. Ini termasuk ketagihan dadah, mencuri, meragut etc. Seolah2 pelaku akan merasai satu bentuk adrenalin rush yang semakin bertambah apabila ia berjaya dilakukan dengan sempurna.
   Macam tu juga Acik rasa dgn Si Putar Alam ni. Sebabnya bila diselidik susur galur jejak bertapak dia, rupanya ini bkn kali pertama.
   Kaki temberang ni pernah menggemparkan industri hiburan tanah air satu ketika dulu apabila menyamar menjadi gadis cantik yang kaya raya, tetapi hanya menunggu ajal kerana mengalami penyakit kronik, cuma dulu dia dikenali menerusi empat watak berlainan.
   1 - Maya Darina Dahlan Hain
   2 - Mollie
   3 - Ellie.
   4 - Ellyna Ahmad 
Kononnya, Maya Darina Dahlan Hain ni anak jutawan meliawan bilionwan yang cantik rupawan, minum di cawan makan di pinggan. Untuk menambah drama, Maya ni rupanya insan kesepian kerana di sebalik wajah yang bak puteri kayangan tu, dia sakit kronik yang cuma menunggu masa nak mampos.
   Punyalah licik dia memainkan wayang kulit, sampai orang langsung tak tahu semua watak tu sebenarnya pada akhir berpusat kepada seorang mastermind aja.     
   Punyalah hebatnya dia melakonkan watak, sampai seorang pelakon/pengarah berbakat turut terjebak, asyik masyuk berkasih sayang dengan watak khayalan ini, tanpa lansung menyedari dia dah ditipu hidup - hidup.
   Bukan setakat pelakon/pengarah tu je, seorang penyanyi lelaki yang kini suam-suam taik ayam turut terpedaya. Diberitakan, rumah tangganya nyaris berantakan dek watak khayalan si putar alam ni.
  Turut terpedaya seorang penyanyi wanita yang dengan ikhlas memperkenalkan suaminya (sekarang ni bekas suami) iaitu seorang doktor bedah untuk membantu merawat penyakit Maya tu.
   Identiti sebenar?? Ellyna Ahmad, seorang penulis skrip. Dia la Maya, dia la Mollie dan dia jugak la Ellie.
   Fuh!! Kalaulah skrip dia tu dia hantar kat Bollywood, Acik rasa Karan Johar atau Yash Chopra menangis baca!! Sure boleh boom macam Kuch Kuch Hota Hai or Kabhi Kushie Kabhi Gam. Gila tragik wei!!!  
   Pengarah tu? Pierre Andre. Penyanyi lelaki suam -suam taik ayam? Faizal Tahir. Penyanyi wanita? Farah Asyikin.
   Kisah tu kalau korang ingat, memang gempar la sebab Pierre masa tu tengah at the peak lepas filem Jangan Pandang Belakang dia boom. Farah dengan Faizal pulak sama - sama mewarnai industri nyanyian tanah air sebab suara masing - masing memang best.
  Look, Acik tau untuk menjadi penulis skrip memerlukan daya imaginasi yang tinggi, tapi perlu ke nak menipu orang bagai?? Gila ke apa??  
   Menipu bukan setakat anje - anje ya, bukan setakat menipu tinggal kat mana or menipu nama apa. Ni dah memang parah punya menipu. Sampai rumah tangga orang berantakan pasal kau!!
  Berikut disertakan paras sebenar makhluk Allah yang bernama Ellyna Ahmad ni.

Ok, Tu Ellyna Ahmad dalam filem penipuan penuh drama part 1. Jangan tak tau, filem ni ada sequel tau???
    Part 2 macam mana pulak??? Haaaa now I story U listen okeh! Check out the next entry yaaaa...


No comments:

Post a Comment