Wednesday 30 October 2013

Poking Poking, Liking Liking

Poking ni maksud dia cucuk..alah macam kita gurau - gurau dengan kengkawan kita, kita cucuk - cucuk dia, untuk buat dia latah etc..camtulah. Which is why Acik rasa ada aplikasi poke diwujudkan dalam Facebook. Kira - kiranya kalau bbm macam function 'ping' la agaknya..
 Kalau kawan yang poke, bolehla kita anggap lawak kan? Sebab kita pun boleh poke dia balik. Tapi kalau yang poke tu budak kecik tak bermata, atau kakak yang mulut dia lebar sampai ke telinga dengan lidah terjelir, agak - agak kelakar lagi tak?
  Pasal poking poking liking liking ni lah yang akan Acik kisahkan kali ni. Pada Acik, keadaan masa tu memang sangat kritikal sebab dengan hanya satu jawapan, mungkin selama - lamanya dia akan menjadi sahabat Acik.
   Alkisah, waktu ni Acik dan team organised ekspedisi ke Air Terjun Upih Guling di Taman Negara Endau Rompin.
  Siapa yang pernah ke sana, tentu tau keindahan kawasan tu kan? But beware, pada setiap keindahan, ada rahsia yang mungkin tak mahu kita ketahui sampai bila - bila. Ada kisah yang seeloknya tak usah kita bongkar kalau tak mahu berdepan dengan keadaan yang menduga akal.
  Waktu tu, Acik dan team handle satu group dari sebuah syarikat swasta yang nak buat ekspedisi ke Endau Rompin.
  Peserta dari syarikat swasta tu ada dalam 10 orang, manakala Acik dan team hanya 5 orang.
  Alhamdulillah, tak macam ekspedisi lain, kumpulan peserta kali ni tak banyak ragam, diorang ikut aja do's and dont's yang team Acik berikan. Pendek kata, memang senang kerjasama dengan diorang.
   Dari hari pertama Acik di situ, memang dah ada yang 'menyambut' kehadiran kami. Terasa ada mata yang memerhati, dan sekali sekala kedengaran tawa kecil, seperti ketawa anak - anak yang riang bermain.
  Perkara tu Acik maklumkan pada ketua ekspedisi, Abang Ijan. Dia mulanya tak percaya, mati - mati kata Acik bayangan perasaan la, takut sangat la, terbawak - bawak sebab suka tengok movie seram la! Geram betol!!!! Dek kerana geram sangat, Acik buat satu benda luar dugaan yang memang lepas tu buat dia cuak gila, sampaikan nak duduk mana - mana pun lepas tu, dia tanya Acik, ada 'apa - apa' ke tak sebelah dia. Haaa sekarang baru kau tau kan??
  Well, sebenarnya apa yang Acik buat ialah Acik mintak `jasa baik' si kecik yang nak bergurau dengan Acik tu supaya cucuk pinggang Abang Ijan, biar dia rasa sendiri, and biar dia tau apa yang Acik cakap tu bukan cerita bohong.
  Waktu Abang Ijan kena cucuk tu, semua urusetia ekspedisi termasuk Acik dengan dia tengah siapkan makan malam iaitu ikan kembung rebus goreng berlada, telur dadar and sayur goreng.
  Sekadar info, group outdoor Acik ni memang tak pernah biarkan peserta hanya bergantung pada makanan segera sepanjang ekspedisi. Kitorang memang akan sediakan makanan lengkap sebab kita memerlukan tenaga yang cukup untuk semua ekspedisi. Macam mana nak ada tenaga kalau asyik belasah maggi dengan sardin aja kan? Makanan dalam tin memang kami elakkan sebab nak menjaga berat heaversack yang dibawa. Nanti tak terbawak pulak dek badan kalau dah berkilo tin sardin sumbat dalam beg tu. Namun begitu, kami sama sekali tak  menghalang kalau ada peserta yang nak bawak makanan macam tu untuk kegunaan sendiri.
  Itu semua pilihan masing - masing sebab bukan nak kata apa lah, makan megi dalam hutan layan wooo!!! Nak - nak kalau makan tu kat tepi air terjun. Tengah sejuk - sejuk berendam tu, hirup kuah megi panas - panas, pehhhhhh terangkat siot!!!
  Back to the story, Acik tengah siapkan bahan untuk ikan kembung rebus berlada tu masa Acik rasa ada tangan yang tarik - tarik rambut Acik. Memula Acik buat tak paham je, sebab tak nak la yang lain terkujat pulak kan. Tapi eh! Makin kudiam, makin menjadi pulak dia bergurau!
 Geram punya pasal, Acik pun pusing belakang, dan.....
  Dia tersenyum di situ. Mungkin senyum nakal ingin mengusik, tapi paras wajahnya...ya, rupa parasnya boleh aja membuat orang pengsan. Seraut  wajah tanpa biji mata, dengan kulit yang mula mereput berdiri di situ. Separuh tangannya hanya tinggal tulang..mungkin kesan daripada tragedi yang menimpanya sewaktu hayat, atau mungkin juga memang itulah wajahnya yang asal.
  Acik terkaku, tambah - tambah apabila suara halus kanak - kanak menyapa Acik. "Kak, teman kita main boleh?" Allahuakbar...sukar nak Acik gambarkan perasaan waktu itu. Gerun melihat rupa parasnya yang begitu menakutkan, nak pengsan kerana diajak bermain oleh makhluk yang sebegini rupa, dan sayu bila mengenangkan dia mungkin mangsa kepada mana - mana tragedi yang pernah berlaku.
   Perlahan - lahan, Acik kumpul kekuatan dan menoleh semula ke depan. Abang Ijan yang perasan dengan tingkah laku Acik masa tu angkat kening, isyarat tanya. Acik cakap pada dia, benda yang sambut kitorang datang tadi yang kacau Acik. "Nak ajak main katanya," Acik bagitau camtu pada Abang Ijan.
  Tak semena - mena dia tergelak terbahak - bahak, sebijik macam adik Acik gelak masa tengok Lawak Ke Der. Punyalah Acik hangin!! Kau tak caya dah la kan, yang gelak macam nak ajal tu ngapa pulak??
  Terus Acik pusing belakang, dan dia masih berdiri di situ, seolah - olah mengharap Acik sudi meneman dia bermain. Takut dah hilang, marah aja yang tinggal. "Dik, boleh tak tolong akak? Tolong cucuk pinggang abang yang gelak tu kejap? Adik cucuk sampai dia berhenti gelak ya?" Punyalah dia tersenyum bila Acik cakap macam tu. Depan mata Acik, dia seolah melayang ke Abang Ijan. Sambil 'tersenyum' nakal, jari yang hampir tinggal tulang itu lincah mencucuk pinggang Abang Ijan, kiri dan kanan. Abang Ijan yang cuba menepis, akhirnya terdiam, pucat lesi tak berdarah mukanya bila menyedari tepisan itu langsung tidak terkena pada apa - apa objek.
  Dari riuh menggelakkan Acik, dia terdiam, memandang Acik dan cuba mencari jawapan. Acik berikan dia senyum kemenangan. Seperti yang disuruh, 'dia' berhenti mencucuk sebaik aja Abang Ijan berhenti gelakkan Acik. Dengan penuh suka dia merapati Acik, seolah - olah meminta Acik memberikan arahan yang seterusnya.
  Acik gagahkan hati yang mula merasa sedih. Dunia Acik dan dia jauh berbeza, mustahil untuk kami menjadi kawan. Dia Acik pujuk dengan lembut, supaya meninggalkan kawasan perkhemahan kami, bimbang nanti ada yang ketakutan apabila melihat sesuatu di luar batasan akal.
  Dari senyum, si kecil itu berubah muram. Perlahan - lahan dia mengangguk dan hilang ditelan kabus malam. Sehingga hari terakhir kami berkhemah, dia tidak lagi pernah memunculkan dirinya. Tapi sewaktu Acik melangkah meninggalkan kawasan perkhemahan kami itu, Acik seakan terdengar suara dia yang sayu mengucap selamat tinggal kepada Acik.
  "Datang lagi ya kak...kita tunggu..."

1 comment:

  1. Thanks for sharing....i enjoy baca pengalaman kamu....kamu kuat semangat...dan i know certain people ada gift untuk melihat benda2 gitu...like my mom...

    ReplyDelete