Monday 28 October 2013

Syyyyy...jangan tegur

Waktu Acik kecik - kecik dulu, Acik selalu dipesan, kalau nampak apa - apa yang pelik atau menakutkan, jangan cerita dengan orang tapi balik ke rumah, cerita pada Ibu dan Baba. Waktu tu Acik pelik, kenapa Ibu dan Baba selalu sangat pesan camtu. Almost everyday I will be hearing the same reminder again and again.
   I got to understand the reason behind it eventually, when I reached my puberty. Dah menjadi tradisi dalam keluarga Acik, anak - anak yang baru melepasi usia akil baligh, dibenarkan untuk bertanya apa saja soalan, asalkan ia tidak melanggar batas - batas kesusilaan. Acik tak tau siapa yang memulakan tradisi ini, tapi kata Ibu, ia tradisi turun temurun dalam keluarga Baba.
  Soalan yang Acik tanya ialah mengapa Acik selalu melihat 'sesuatu' yang orang lain tidak pernah nampak. Mengapa Acik selalu ditegur oleh 'mereka' dan mengapa mereka memilih Acik, bukan orang lain.
  I can still remember how Baba looked at Ibu and convinced her that that was the right time to let me know of everything.
   Ya. Acik menjadi pilihan pilihan 'mereka' kerana tidak ada hijab di antara Acik dan mereka.  Seperti mana makhluk kasar lain zahir di depan mata Acik, begitu juga jisim 'mereka' yang berlainan dunia ini.
  Kata Baba, tak usah bimbang. Kalau kamu takut or confused with anything, just come and ask us. Your mother and I, and now you, are all in the same boat, katanya.
  Dari situ Acik start paham, sebab musabab di sebalik peringatan yang selalu diberi kepada Acik waktu Acik kecik dulu. Kalau Acik bagitau kawan Acik yang ada budak takda mata sebelah dia, dah tentu dia lari balik dan bagitau mak dia kan? Mak dia nanti dah tentu datang rumah dan bagitau Ibu & Baba yang Acik tak betul, perlu rawatan. Alah, macam filem Six Sense tu...
  Baba kemudian bagitau Acik, deria keenam yang dia ada adalah sebab utama kenapa Ibu menerima lamaran dia walaupun dia tak la sehensem mana dulu. Ibu masa muda memang la top dengan cantiknya. Siapa tak kenal anak angkat Pak Daud yang mat saleh tu kan? Kira - kiranya Ibu ni dulu memang buat ramai orang gila bayang! 
  Despite her beauty, Ibu unfortunately was very lonely. She didn't have many friends, for most of them avoided her.  Freak, weirdo were amongst the name they called her.  It is all because she can see things from the other side of the world.
   Kerana itu juga, arwah Datuk dan Nenek (parents angkat Ibu) agak skeptikal dan begitu berhati - hati membesarkan Ibu. Secara kebetulan, arwah Nenek juga ada deria yang sama. Mungkin itu salah satu sebab mengapa Allah lorongkan takdir ibu untuk berjauhan dari ibu bapa kandung, dan dipelihara oleh arwah Datuk dan Nenek sebagai anak angkat. 
   Ketika Ibu berusia 19 tahun, dia sering sakit - sakit tanpa diketahui punca dan kerap kali dimasukkan ke hospital. Suatu hari, katil sebelah dihuni seorang makcik yang menghidap demam kuning. Makcik itu ditemani anak saudara lelakinya yang muka macam apek jual sayur.
  Ibu kata masa tu memang dia menyampah teramat sangat sebab Baba selalu tersengih - sengih kat dia. Dia kata, dia selalu tutup muka dengan bantal or baring sebelah kiri sebab katil Aunty Baba tu di bahagian kanan dia.
   Satu malam, Ibu kata dia didatangi seorang budak lelaki yang mungkin berusia belasan tahun. Budak tu basah kuyup, dan duduk di birai katil dia sambil menangis tersedu - sedu. "Ajib mintak maaf mak, Ajib mintak maaf tak dengar cakap mak," kata budak tu. Ibu kata dekat 3, 4 kali dia cakap macam tu.
  Ibu tegur dia, dan bagitau yang dia salah katil, and budak tu terus bangun bila dia cakap macam tu. "Mintak maaf kak, mak saya duduk katil ni dulu. Kalau akak jumpa dia tolong bagitau dia saya mintak maaf ya". Ibu kata budak tu keluar dari wad tu lepas pesan camtu pada Ibu.
  Elok je Ibu nak tidur balik, Aunty Baba tu tegur Ibu dan tanya Ibu cakap dengan siapa. Masa ni Baba baru datang balik untuk sambung jaga Aunty dia tu, sebab sebelum tu dia balik rumah kejap.
   Ibu pelik bila Aunty Baba ni tanya dia camtu. Dia tanya la apasal, sekali tu Aunty Baba tu cakap sejak waktu melawat habis, tak ada orang yang datang ke wad tu melainkan nurse, untuk bagi ubat.
   Bila dengar camtu Ibu terus diam. Dia mintak izin nak pergi tandas dan masa ni dia perasan yang Baba ikut dia dari belakang. Keluar dari wad tu dia ingat nak marah Baba la kononnya, tapi dia terdiam bila Baba tanya samada orang yang bercakap dengan dia tu ialah budak lelaki belasan tahun, basah kuyup dan pakai baju warna kuning.
   Dari situ dia tahu Baba too, can see things from the other world. Eversince then, they became close and as they always said, the rest is history.
  As for me, semakin Acik besar, pandangan yang dulunya jelas menjadi agak kabur. Dulu Acik tak tahu kenapa, tapi sekarang Acik boleh mengagak bahawa itu mungkin kerana hati nurani tidak lagi seputih dulu. Banyak dosa Acik lakukan yang sedikit demi sedikit mengaburi hijab Acik yang Allah bukakan sejak lahir.
   The situation has been going on for quite number of years until I gave birth to my daughter in 2004. Masa tu memang Acik hampir habis tenaga sebab Acik kena induce. So bila induce ni, kontraksi tu datang serentak, bukan staggered macam kontraksi secara normal. Sakitnya Allahurabbi!!! Padanla ada nas yang mengatakan bahawa sakit melahirkan anak ialah sakit kedua yang paling sakit selepas sakit menghadapi sakaratul maut. Selepas aja Acik bersalin dan sementara menunggu baby Acik dibersihkan, Acik baring ke bahagian kiri dan ternampak seorang wanita Cina yang tengah meraung kesakitan.
   Acik panik sebab tengok dia sensorang aja, and terus menjerit panggil doctor n nurse to help her. Doktor Acik tengok Acik semacam je, and slowly said this to me, "Sophia, there is no other patient in this room. This is a single labor room, remember?"
   Damn. Nurse Acik pun tak tunggu lama, terus settlekan apa yang patut, dan tolak Acik ke wad biasa, but still single bedded ward. Bila Acik tanya - tanya dia, memula dia macam tak nak jawab but bila Acik dah desak desak jugak, finally dia bagitau. Rupanya ada sorang pompuan Cina meninggal masa nak deliver baby dia, in the same labor room just two three days before.
   Eversince then, hijab Acik kembali terbuka luas, until now. I guess I have no choice, other than to live with it, yes? Maha Besar Allah yang memberi Acik, Ibu dan Baba kebolehan ini. Subhanallah.
  

No comments:

Post a Comment