Tuesday 5 November 2013

Membaca jambatan ilmu...

Acik sangat suka membaca. Sangat - sangat suka. Dari Acik kecik lagi, Ibu dan Baba kata kalau diberi pilihan antara permainan dan buku, Acik akan pilih buku. Dek kerana terlalu suka membaca, Acik membaca di mana aja, dan bila aja, termasuk dalam jamban. Perangai ni menurun, dari Baba, ke Acik dan now, ke anak Acik.
  Alhamdulillah, anak Acik pun suka membaca. Buku - buku dia bersepah kat umah tu. Koleksi buku - buku dia, lebih banyak dari koleksi buku sesetengah orang dewasa lain yang Acik kenal. Dan dia baca pelbagai genre buku. Kegemaran dia sekarang, buku yang berkonsepkan general knowledge or 'do - you - know' type of book.
  Dek kerana minat membaca jugak, waktu budak - budak lain yang seusia dengan dia cuma bercita - cita menjadi seorang doktor atau angkasawan (itu yang paling canggih Acik pernah dengar), anak Acik dah bercita - cita nak menjadi seorang Paleontologist, atau Pakar Kaji Dinosaur. Dia boleh huraikan kelebihan, kelemahan, tabiat pemakanan dan habitat dinosaur whenever she saw them on books or television. Itu kelebihan membaca. Kita dapat ilmu, yang sampai mati, takkan hilang selama kita mampu mengingatinya.
  Dari kegemaran membaca, Acik mula minat menulis. Kalau zaman sekolah dulu, bila kengkawan lain ada masalah nak tulis panjang - panjang untuk karangan, Acik pulak ada masalah nak tulis pendek - pendek. Idea Acik melimpah ruah, sampai selalu lebih dari 300 patah perkataan.
  Acik sangat suka bermain dengan bahasa. Menyusun ayat demi ayat hingga menjadi petikan yang lengkap sangat memberi kepuasan. Dan Acik sangat gemar dengan sastera. Apa saja yang berkaitan karya kreatif, memang Acik boleh hadap berjam - jam lamanya.
  Kerana minat mendalam ni, Acik sesungguhnya tak faham, kenapa ada orang yang sangat malas membaca. Jangankan nak baca buku, nak baca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa pun malas. Alasannya media semasa penuh dengan isu politik yang memualkan. Minatnya cuma bola dan hiburan. Kalau ada berita artis bercerai berai, dia dulu yang ke depan, belek sampai kertas suratkhabar tu dah naik lunyai.
  Sungguh Acik tak faham macam mana ada orang yang boleh ada pemikiran sempit macam ni. Fine, kau tak minat membaca. Tapi takkan sampai nak kena jadi katak bawah tempurung? Paling tidak ambik lah tau apa yang jadi kat negara kau ni. Jangan sampai lagu 'Negaraku' ubah rentak pun kau tak tau!
   Prinsip Acik sungguh senang. Kau tak perlu ada ijazah berkajang - kajang untuk kawan dengan aku, cukuplah jangan jadi B.O.D.O.H. Itu aja Acik mintak. Janganlah sampai kau kena tanya aku soalan "Parlimen tu gunanya untuk apa eh?" Astaga. Urut dada Acik dengar. Kut ya pun dah muak baca pasal politik negara, jangan la sampai fungsi Parlimen pun kau tak tahu apa gunanya Dik Non!! Tu belum lagi orang mintak huraikan beza Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Mau muntah darah kau!!
  Tak faham macam mana mentaliti sesetengah orang ni. Dok komplen itu ini, menteri itu tak betul, menteri ini tak betul. Abih?? Sapa lagi nak harapkan untuk tadbir negara? Tu ketua - ketua pembangkang tu pun ijazah berlengkar - lengkar tau!! Paling sedih bila tengok yang menyalak sana sini ni kebanyakannya Melayu. Bagusla. Bangsa lain berlumba - lumba tambah ilmu, ijazah itu ini, yang Melayu ni pandainya sembang kosong, cakap berdegar - degar. Macam ayam sabung, kokok berderai - derai, ekor bergelumang taik!
  Memang Acik tak nafi, banyak Melayu yang keciciran, tapi banyak jugak Melayu yang ke depan. Acik ada ramai kawan yang berlumba - lumba sambung pelajaran, yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Yang dalam proses nak ambik PhD dan dah ada PhD pun ramai. Kalau degree jangan cita la. Kat ofis ni, lebih ramai yang ada degree dari yang takda degree!
    Acik pasti, kecintaan mereka pada ilmu didorong oleh minat mereka yang suka membaca.  Macam mana nak kata kau dahagakan ilmu kalau tengok buku je kau dah sawan babi kan?? 
  Macam tu jugak dengan orang yang kata tak ada masa nak membaca. Ayoo!!! Dalam zaman global ni, susahnya Acik nak caya kalau orang kata takda masa nak membaca. Segala macam benda ada kot dalam internet tu!!
  Tak tahulah bila agaknya Malaysia boleh jadi macam Jepun. Ibu yang pernah pergi sana kata, dalam `shinkansen' atau keretapi laju, boleh katakan semua penumpang baca buku. Sambil gayut kat pemegang pun, tangan masing - masing tak lekang dari bahan bacaan. Kecik besar, tua muda, semua dengan bahan bacaan. Tak hairanlah Jepun jadi negara maju. Kita?? Paper hantar pagi tadi, sampai tengah malam nak masuk edisi baru pun tak habis jual lagi..haih...
  


Sunday 3 November 2013

Don't Litter..

Pernah dengar nas yang menyebut bahawa kebersihan sebahagian dari Islam? Acik rasa, bukan aja Islam, tapi semua agama lain menuntut penganutnya mengutamakan kebersihan dan menyeru ke arah kebaikan, kan? Melainkan agama memuja setan, ha tu Acik caya diorang memang galakkan kita jadi sehabis jahat.
  Kebersihan ni bukan setakat gosok gigi, mandi tiap pagi atau basuh tangan sebelum makan ya adik - adik..Banyak sangat benda pasal kebersihan ni, termasuk kebersihan pada pakaian and jangan buang sampah merata - rata.
  Mana yang pompuan lak, kalaula time `kawan baik' datang menjelma tu, jangan laaaa buang merata. Banyak kali Acik terjumpa kat toilet, tersembul - sembul keluar dari tong sampah. Ada tu bergelempang aja kat cubicle floor. Jangan tak percaya, ada ok yang pengotor tahap camni sekali.
  Kalaupun tak boleh cuci, bungkus la elok2, masukkan betul - betul dalam tong tu. Tutup dua tiga kali pelapik tong tu supaya betul - betul jatuh dalam tong. Tak rasa malu ke kan, kalau pengguna lain tengok khazanah kita tu? That is among the most private stuff for women hokay!
  Selain atas faktor kebersihan, ada sebab musabab khusus kenapa ia perlu dilupuskan sebaik - baiknya dan sesempurna mungkin. Umum tahu darah haid juga digelar 'darah kotor'. Kenapa digelar macam tu? Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 222 bahawa darah haid mengandungi 'adzaan' yakni kotoran  kerana ia berbau busuk dan dianggap sebagai najis. Justeru, kalau dah disifatkan sebagai najis, ia wajib dicuci sehingga bersih yakni hilang bentuk, bau dan rupa, yes?
  Kerana sifatnya yang kotor dan najis, ada yang menggunakan ia sebagai antara bahan di dalam amalan ilmu hitam. Darah haid tadi dicampur bersama bahan lain, dipuja dengan serapah tertentu untuk memuaskan kehendak hati yang dirasuk syaitan.
   Pengalaman sewaktu menjadi fasilitator di sebuah kem remaja benar - benar menginsafkan Acik untuk menjaga kebersihan sewaktu haid sebaik - baiknya. Gila babi scary...babi pun terperanjat kalau nampak apa yang Acik nampak.
  Kat situ, semua peserta ditempatkan di sebuah hostel. Kalau dah namanya hostel, bilik air memang la satu je, so semua orang berkongsi tandas dan bilik mandi yang sama. Tujuannya supaya semua peserta mempunyai hubungan akrab sesama sendiri.
   Untuk fasilitator pulak, tandas, bilik mandi dan dorm kami diasingkan dari peserta lain, tapi Acik suka mandi dengan budak - budak tu semua. Masa tu umur peserta rata - ratanya belasan tahun, Acik pulak baru awal 20an, so gap tu tak jauh sangat. Memang boleh masuk dengan bebudak tu semua.
  Satu malam ni, Acik rasa sakit perut yang amat sangat. Selalunya Acik memang gerak kawan fasilitator untuk teman, tapi malam tu ntah kenapa member tido mati seratus peratus. Jangan kata bom, Acik rasa kalau missiles meletup sebelah telinga dia pun dia takkan sedar.
  Sampai kat toilet, lampu agak suram. Acik ingat maybe lampu ada yang rosak, so Acik redah je lah. Biasala lampu toilet malap sikit kan. As long as tak kelip - kelip macam cita seram tu, dah cukup ok la bagi Acik.
  Masuk je toilet tu, Acik nampak makcik cleaner tu tengah bersih bersih tong sampah. Tekun betul dia buat kerja sampai sikit pun tak toleh bila Acik masuk. Acik tegur makcik cleaner tu, saja basa basi. "Makcik, dah malam pun kerja lagi? Kesiannya". Makcik tu toleh, dan Acik dapat lihat dia macam bengang aja..mungkin bengang sebab Acik kacau konsentrasi dia kot. So Acik pun tak cakap apa dah, terus masuk cubicle yang first tu. Kat luar tu satu -satu Acik dengar dia tunggangkan tong tu. Hati mula rasa tak sedap. Dan - dan tu baru terfikir apahal lak makcik ni nak bersih toilet tetengah malam? Lepas tu, kenapa dia bersihkan tong sampah aja?
  Dalam pada melayan fikiran tu, pintu toilet Acik kena ketuk. Kat luar, makcik cleaner tu bising - bising suruh Acik keluar. "Cepat keluar..kamu ganggu aku aja!!" jerkahnya. Acik makin gelabah. Suara dia tu....suara dia tak macam perempuan langsung!! Lepas tu, kenapa dia suruh Acik keluar? Mana pernah makcik cleaner suruh kita keluar dari tandas yang kita tengah guna kan?? Nak kata ada emergency, bukan ada dengar fire alarm ke apa!
  Gila gelabah Acik masa tu. Rasa macam tak nak keluar, tapi kalau tak keluar Acik nak gi mana?? Bukan ada terowong rahsia kat cubicle tu yang buleh bawak Acik tembus terus ke dorm Acik..adui laaaaa..

   Nak tak nak Acik beranikan diri bukak pintu tu pelan - pelan. Ye la, takkan nak bersako pulak kat dalam tu kan. Acik beranikan diri mengintai keluar, dan di hujung sana, 'makcik cleaner' tu masih sibuk mengerjakan sesuatu.
  "Makcik kemas apa tu? Apasal kena kemas malam - malam macam ni?" tanya Acik, cuba memberanikan diri walhal masa berani tu dah tinggal hujung kuku je.
   Perlahan - lahan dia pusing kepala, dan Acik rasa lembik lutut lembik segala bila tengok darah penuh kat mulut dia, while kat tangan dia ada dua tiga keping tuala wanita (pad) yang masih berdarah.
     "Aku cari makanan aku!!!! Aku lapar!!! Mereka yang jemput aku datang!!!" kata makcik cleaner tu yang dah sangat jelas dan nyata, bukan makcik cleaner sebenar.
  Acik tak tangguh lagi. Dalam lembik - lembik tu, Acik gagahkan keluar dari tandas puaka tu. Mujur jugak benda tu tak ikut Acik balik ke dorm. Masa tu kalau ikutkan hati, Acik rasa nak kejut je semua peserta perempuan and bagitau diorang. Biar diorang tau not to dispose that thing at their own's will.
   Sorry sangat - sangat kalau ada yang kembang tekak kembang telinga kembang tengkuk baca cerita ni, tapi itulah dia. Memang jelas, apa yang diperkatakan selama ni bukan hanya satu gurauan atau cubaan nak menakutkan kita, tapi memang kenyataan. Membuang tuala wanita terpakai secara tidak sempurna, akan mengundang kehadiran tetamu yang tak diingini.
  Pandangan mata kasar mungkin tidak dapat melihat, apa atau siapa yang rakus melahap 'bahan - bahan buangan' itu, tapi apa yang tidak kita nampak, tidak bermaksud ia tidak ada di situ..Ia ada, memerhatikan gerak geri kita, mendengar apa yang kita cakapkan..Hati - hatilah.